Program: Kempen Internet Selamat (KIS) SK Padang Asam, Padang Rengas, Perak
16 April 2026 | Aktiviti TerkiniTarikh: 16 April 2026
Hari: Khamis
Masa: 11.00AM-12.30PM
Kempen Internet Selamat (KIS) telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Padang Asam pada 16 April 2026 dengan penglibatan seramai 121 murid. Objektif utama kempen ini Adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran, pengetahuan dan amalan keselamatan digital dalam kalangan murid berumur 6 tahun hingga 12 tahun. Para pelajar telah didedahkan dengan topik seperti Apa itu Internet, Had Umur Media Sosial, Kandungan Media Sosial serta risiko penggunaan internet secara berbahaya. Kuiz dan sesi soal jawab juga turut dilaksanakan semasa taklimat tersebut. Para murid dan guru memberikan perhatian dan maklum balas yang positif semasa taklimat diadakan di sekolah tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: