Nadi X Keusahawanan : Operasi Perniagaan
13 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniSatu webinar keusahawanan bertajuk “Operasi Perniagaan” yang telah disampaikan oleh tenaga pengajar, Encik Abu Musa Mansor secara langsung dalam talian.
Dalam sesi perkongsian ini, beliau menerangkan secara terperinci tentang langkah-langkah penting dalam mengurus operasi perniagaan dengan lebih sistematik dan berkesan. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah pengurusan manusia dan peranan, termasuk kepentingan pembahagian tugas yang jelas bagi memastikan kelancaran operasi harian.
Peserta turut didedahkan dengan formula kejelasan tugas, yang merangkumi pemahaman terhadap:
• Jumlah beban kerja
• Output per staf
• Jumlah pekerja yang diperlukan
Selain itu, Encik Abu Musa Mansor turut berkongsi strategi untuk mengembangkan perniagaan, termasuk kepentingan kawalan sumber, pengurusan kos dan stok secara berhemah. Beliau menekankan kepentingan mengawal 5 aset utama perniagaan serta memastikan usahawan tidak membiarkan modal terbiar atau “modal mati”.
Webinar ini juga menyentuh tentang aspek kualiti, KPI (Key Performance Indicator) dan penambahbaikan berterusan dalam perniagaan. Para peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan mengenali jenis-jenis kos supaya pengurusan kewangan dapat dilakukan dengan lebih efektif dan terancang.
Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para usahawan dan bakal usahawan dalam meningkatkan kecekapan pengurusan operasi serta memperkukuhkan daya saing perniagaan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: