TOT KEMPEN INTERNET SELAMAT
15 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniTarikh : 14.8.2025
Hari : Khamis
Masa: 8.30pg-6.00ptg
Tempat: NADI Bukit Chandan,Kuala Kangsar
Pihak SKMM Perak telah menjalankan satu Latihan/TOT Kempen Internet Selamat (KIS) kepada petugas NADI Kluster Kuala Kangsar. Latihan ini bertujuan untuk memberi bimbangan berkenaan cara pengendalian program KIS serta penerangan mengenai modul modul program KIS. Program KIS ini akan dilaksanakan dengan cara penyampaian modul modul kepada pelajar sekolah dan komuniti dalam bentuk pembentangan dan juga permainan(games) yang menarik. Kempen Internet Selamat! ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman rakyat mengenai keselamatan dalam talian, termasuk ancaman seperti penipuan, buli siber, perjudian dalam talian, dan eksploitasi kanak-kanak yang di lancarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: